Thursday, July 27, 2017

Wednesday, July 19, 2017

Kursus: Kenali Akarmu

Khas Buat Muslimah!
Darul Fiqh mempersembahkan Kenali Akarmu
'Wanita & Islam'
Bersama Ustazah Dr. Sakinah Saptu
Di Oditorium Aras 2, Masjid Al-Iman
Modul 1 : Rabu, 16, 23 & 30 Ogos 2017
Modul 2 : Rabu, 6.13 & 20 September 2017
Program ini dapat membuat wanita muslimah lebih menghargai diri serta memahami hukum-hakam berkenaan dengan isu-isu mereka.
Selain itu, kelas ini memberi mereka peluang untuk bertanya secara eksklusif tentang kemusykilan dan masalah wanita dalam agama.
Untuk pendaftaran, sila ke kaunter resepsi Masjid Al-Iman. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 6769 0770 atau email ke darulfiqh@aliman.mosque.org.sg
Read More

Kursus: Fiqh Dakwah Ummahatul Mukminin


= Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin =
Pengumuman Bagi Semua Yang Telah Berdaftar
Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin oleh Ustazah Dr Sakinah Saptu
Sesi Ke-4: Saudah Binti Zam’ah r.a
Assalamualaikum Wr Wb
Alhamdulillah, diingatkan kepada semua yang telah berdaftar,
program bersama Ustazah Dr Sakinah Saptu kembali bermula pada
*Isnin, 31 Julai 2017, Jam 8.30 malam.*
Dinasihatkan agar peserta dapat terus ke lantai 2 pada hari berkenaan.
Berikan tanda *hadir/tidak hadir* anda di link ini
---> http://tinyurl.com/FDMkehadiran

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti,
Pendaftaran baru boleh dibuat melalui link ini
---> http://tinyurl.com/fdmbaru

Terima kasih.
Wassalam.
Jabatan Dakwah

Read More

Wednesday, April 19, 2017

Tuesday, April 11, 2017

Kursus Muslimah: Ketika Ramadan Bertamu


Ketika Ramadan Bertamu....

Kebiasaannya Muslimah ialah insan yang paling sibuk di bulan Ramadan. Dari memikirkan dan menyiapkan pelbagai menu makanan untuk sahur, berbuka puasa sehingga kepada kesibukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramadan yang menjadi bulan penuh ibadah, akhirnya menjadi bulan kesibukan menyediakan juadah. Ramadan yang juga menjadi bulan mendidik kesabaran dan menahan hawa nafsu, akhirnya menjadi bulan berbelanja mengikut keinginan bukan keperluan. 

Namun, mungkin masalah ini dapat diatasi andai para Muslimah dapat mengimbangi antara kesibukan dan melaksanakan amal ibadah di bulan Ramadan. Justeru, ilmu-ilmu berkaitan Muslimah di bulan Ramadan dapat membantu para Muslimah melalui bulan tersebut dengan lebih baik. 

Dengan itu, saya menjemput Muslimah sekalian untuk mendaftarkan diri di kursus persiapan Ramadan yang diadakan KHAS untuk MUSLIMAH, anjuran Masjid Maarof. Kursus ini akan diadakan selama 2 hari pada 20 dan 21 Mei 2017, jam 2-4 petang.

Yuran pendaftaran ialah sebanyak S$15.

Daftar segera kerana tempat adalah terhad.


Read More